Sukan

[VIDEO] Anak jati Terengganu tunai janji pastikan lagu Negaraku bergema di Sepanyol

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara dalam Perlumbaan 2 Pusingan Ketiga Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) yang berlangsung di Litar Motorland Aragon, Sepanyol.

Kejayaan itu merupakan satu pencapaian luar biasa buat Hakim Danish, sekali gus membuktikan keupayaannya bersaing dalam kalangan pelumba remaja terbaik dunia dalam perlumbaan berprestij tersebut.

Lebih manis, detik gemilang itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila lagu kebangsaan, Negaraku bergema megah di bumi Eropah, satu penghormatan yang jarang dinikmati oleh pelumba dari Asia Tenggara.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh