Sukan

Cecah RM362 juta, Garnacho dilepaskan Man United bakal pilih reunion bersama ETH atau sertai Chelsea

PENYERANG sayap muda Manchester United, Alejandro Garnacho dilaporkan sudah bersetuju untuk mencari kelab baharu pada jendela perpindahan musim panas ini selepas dimaklumkan bahawa dia tidak termasuk dalam perancangan pengurus baharu, Ruben Amorim.

Keputusan itu hadir selepas musim mengecewakan United yang berakhir tanpa pencapaian signifikan, dengan Amorim mula melakukan rombakan besar-besaran dalam usaha membina semula skuad yang bergelut dalam semua kejohanan utama.

Menurut pakar perpindahan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano berkongsi bahawa kedua-dua pihak, Garnacho dan Manchester United sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah menjelang musim baharu. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh