IMPIAN peminat mahu menyaksikan kumpulan terkenal Indonesia, Dadali Band mengadakan konsert sulung di Malaysia bakal tercapai.
Kumpulan ini bakal membuat persembahan istimewa menerusi Konsert Sebuah Kisah Volume 1 yang akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 5 Julai depan.

Ronnie bakal menjadi penyanyi jemputan pada malam tersebut.
Dadali dijangka mendendangkan lagu-lagu popular mereka antaranya Disaat Aku Mencintaimu, Disaat Aku Tersakiti, Disaat Sendiri, dan Sebuah Kisah yang cukup terkenal dalam kalangan peminatnya.





