Sukan

[VIDEO] ‘Coach Kino tak nak saya’, Safuwan buka pekung kenapa tinggalkan Selangor

TEKA-TEKI mengenai punca kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin mengambil keputusan meninggalkan Gergasi Merah akhirnya terjawab.

Dalam satu kenyataan di laman Instagram, @raushansays, Safuwan mengesahkan bahawa dia tidak lagi diperlukan oleh Selangor FC meskipun memiliki kontrak setahun bersama kelab tersebut.

Bek tengah itu menjelaskan bahawa keputusan untuk meninggalkan kelab Lembah Klang dibuat kerana tidak dimasukkan dalam senarai pemain utama oleh Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi yang juga mesra dipanggil sebagai Kino.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh