Sukan

Media Sepanyol beri ‘hint’ Jordi Amat kekal bersama JDT, lain pula ceritanya dengan striker Samba

MASA depan dua pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi perhatian, dengan laporan media Sepanyol memberi petunjuk bahawa bek tengah berpengalaman, Jordi Amat akan kekal bersama skuad Harimau Selatan.

Menurut laporan yang dikongsikan oleh portal sukan Sepanyol di laman Instagram, cadizclubdefutbol, Amat yang pernah beraksi di La Liga dan kini menjadi tonggak utama di benteng pertahanan JDT dijangka akan terus kekal bersama pasukan itu.

Bekas pemain kelab Rayo Vallecano dan Real Betis itu dilaporkan masih menjadi pilihan utama dalam perancangan pasukan, sekurang-kurangnya sehingga tamat musim ini. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.