SEPANJANG kariernya sebagai pemain bola sepak, Safiq Rahim boleh diangkat sebagai seorang legenda kerana sudah menjulang pelbagai trofi, lebih-lebih lagi semasa beraksi buat Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bekas kapten Harimau Malaya tersebut sememangnya antara nama cukup dikenali ramai dengan kebolehannya melakukan hantaran serta nilai kepimpinannya di atas padang menaikkan lagi reputasinya.
Namun, dengan usianya sudah mencecah 37 tahun, khidmat Safiq kini kurang ditagih skuad Harimau Selatan di atas padang, namun kepentingannya masih diketahui ramai di dalam bilik persalinan.






