Sukan

Glauder sertai senarai eksklusif JDT, termasuk bintang kontroversi pernah beraksi buat SD Eibar

JUARA 11 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pemain pertahanan Sepanyol iaitu Antonio Glauder sebagai rekrut pertama Harimau Selatan dalam usaha menghadapi saingan musim depan.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi media sosial mereka, Johor Southern Tigers yang menyifatkan kemasukan pemain berusia 29 tahun itu sebagai tambahan baharu barisan pertahanan skuad Harimau Selatan.

Meskipun hanya beraksi dalam La Liga 2 pada kempen lalu bersama Cadif CF, pertahanan berketinggian 1.84 meter berkenaan berpengalaman luas di Eropah kerana pernah beraksi buat beberapa kelab lain di Sepanyol.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.