Sukan

[VIDEO] Anak Azlan Mubin sambung legasi, mula karier sepak takraw seawal usia 14 tahun

SEHINGGA hari ini, nama Azlan Mubin yang merupakan bekas pemain sepak takraw negara masih mekar dalam peminat sukan itu kerana dia berkhidmat sebagai pengacara dalam salah sebuah stesen televisyen tempatan.

Dia yang memulakan karier dalam bidang berkenaan seawal usia 18 tahun pernah mewakili negara dalam beberapa kejohanan peringkat antarabangsa, termasuk semasa saingan Sukan Asia 2006 dan dua edisi Sukan SEA.

Kebolehannya sebagai tekong dalam acara regu sememangnya diakui, namun tempohnya beraksi secara profesional tidak berpanjangan apabila kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada usia 24 tahun meranapkan kariernya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh