KERAIAN dalam dunia bola sepak kadang kala boleh menjadi keterlaluan apabila penyokong yang ghairah bertindak merosakkan kemudahan dan infrastruktur pasukan tanpa memikirkan impak jangka masa panjang.
Tindakan seperti mencabutkan tempat duduk, memecahkan barangan kaca dan plastik selain membuang sampah-sarap merupakan antara kelakuan yang pernah disaksikan ketika sambutan sesebuah kejuaraan menjadi tidak terkawal.
Bagaimanapun, baru-baru ini, penyokong sebuah kelab gergasi di Indonesia berkelakuan lebih teruk apabila sebuah klip tular memaparkan mereka merosakkan padang dengan memotong rumput untuk dibawa pulang.






