Sukan

Legenda Harimau Malaya asal Perak, T. Gopinath Naidu meninggal dunia akibat sakit jantung

DUNIA bola sepak tempatan pada Sabtu dikejutkan dengan pemergian bekas pemain Harimau Malaya, T Gopinath Naidu yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 51 tahun.

Berita menyedihkan itu dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan masing-masing menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan mendiang.

“FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang T. Gopinath Naidu atas pemergian bekas pemain kebangsaan, pagi tadi (Sabtu). Dia merupakan bekas pemain kebangsaan era 90-an selain pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur (1992-1994) dan Perak (1996),” tulis badan induk bola sepak negara itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.