JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan mereka sudah berpisah dengan pengendali pasukan, Hector Bidoglio menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Dalam hantaran berkenaan, juara Liga Super tersebut menzahirkan ucapan penghargaan kepada jurulatih dari Colombia itu dengan menyenaraikan pencapaian pernah dikecapinya.
“Hector menyertai JDT sebagai ketua jurulatih pada pertengahan musim 2022 sebelum menjawat peranan pengarah teknikal pada 2023 dan kemudian kembali sebagai ketua jurulatih untuk musim 2024-25.






