BUKAN lagi khabar angin, Selangor FC mengesahkan perpisahan mereka dengan penyerang import iaitu Ronnie Fernandez selepas pemain berkenaan sudah memberi kudratnya untuk menerajui jentera serangan Gergasi Merah selama semusim.
Menerusi satu hantaran pada laman Facebook, kelab Lembah Klang berkenaan memberikan ucapan terima kasih mereka kepada Ronnie selepas penyerang dari Chile itu berhasil meledak 16 gol untuk Gergasi Merah pada musim ini.
BACA LAGI: ‘Willian Lira lebih bagus berbanding Ronnie Fernandez, cuma dia masih import biasa-biasa’







