KEMUNCULAN pelakon Fattah Amin di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada Rabu mendapat pelbagai reaksi di media sosial.
Menerusi video tular di TikTok, rata-rata netizen memuji ketampanan pelakon berkenaan yang menggayakan sut juruterbang helikopter.
Malah ada peminat mengimbau kembali watak pernah dilakonkan oleh Fattah menerusi drama Suri Hati Mr Pilot, iaitu Ejaz Fakhri merupakan seorang juruterbang.

Kemunculan Fattah di acara LIMA’25, Langkawi menarik perhatian ramai.





