Sukan

Cemerlang di Indonesia, Kim Swee lawan Bojan Hodak rebut gelaran jurulatih terbaik Liga 1

BEKAS jurulatih Harimau Malaya yang kini bersama-sama kelab Indonesia, Datuk Ong Kim Swee berpeluang untuk memenangi gelaran jurulatih terbaik Liga 1 selepas disenarai pendek untuk pengiktirafan tersebut.

Kim Swee yang menyelamatkan Persis Solo daripada terjatuh ke Liga 2 Indonesia menjadi satu daripada enam calon untuk gelaran tersebut yang didominasi oleh lima pengendali luar negara.

Mantan jurulatih Sabah FC itu akan perlu menewaskan pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak yang berjaya membantu kelab itu meraih gelaran Liga 1 dua musim berturut-turut. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.