PELAKON dan penyanyi Izzue Islam teruja apabila akhirnya berjaya memiliki motosikal berkuasa tinggi idamannya iaitu Harley Davidson Street Glide.
Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 35, membeli motosikal tersebut melaluisuami aktres Siti Elizad iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman.
Shamsul turut mengucapkan selamat datang ke dalam komuniti Harley Davidson kepada Izzue selepas berjaya memiliki motosikal idamannya itu.

Izzue bersama motor Harley Davidson dibelinya.






