Sukan

Pamer wajah gembira di Jordan, Mr Engineer Selangor kembali jalani latihan selepas lama tercedera

BERITA gembira buat penyokong Selangor FC apabila pemain tengah mereka, Noor Al-Rawabdeh sepertinya sudah pulih daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika berdepan PDRM FC pada Oktober 2024.

Perkembangan mengenai pemain dengan julukan ‘The Engineer’ itu dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Jordan susulan Al-Rawabdeh mendapat panggilan mewakili negaranya untuk perlawanan pusingan ketiga Piala Dunia 2026 pada Jun depan.

Hantaran daripada Persatuan Bola Sepak Jordan itu bukan hanya disambut baik oleh penyokong skuad The Chivalrous Ones, malah pengikut Gergasi Merah juga turut tersenyum melihat Al-Rawabdeh kembali.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.