Sukan

Meskipun tempoh pinjaman singkat, kelab Thailand tetap hargai sumbangan ‘ubi muda’ JDT

WALAUPUN tempoh pinjaman bersama Chonburi FC singkat, tindakan kelab Thailand itu menghantar pingat kejuaraan Thai League 2 musim 2024/25 kepada Fergus Tierney membuktikan betapa sumbangan kecil sekalipun tetap dihargai.

Langkah itu mencerminkan budaya bola sepak profesional yang menghargai setiap pemain, tidak kira sebesar mana peranan mereka dalam kejayaan sesebuah pasukan.

Tierney, penyerang muda berusia 22 tahun dari Johor Darul Ta’zim (JDT), hanya sempat beraksi dalam 12 perlawanan bersama Chonburi, menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol dalam separuh pertama musim.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.