Sukan

‘Ayuh ke Indonesia’, ada baiknya bintang Kedah-Perak-Sri Pahang sambar kuota import tambahan Liga 1

SAINGAN Liga 1 Indonesia mengalami perubahan bagi musim 2025/2026 apabila mereka membenarkan setiap kelab mendapatkan 11 pemain import dengan hanya lapan boleh beraksi pada satu-satu masa.

Jumlah itu bertambah daripada angka semasa iaitu lapan dengan enam dibenarkan bermain pada satu-satu masa. Tujuan penambahan adalah untuk meningkatkan kualiti saingan liga.

Dengan beberapa kelab Liga Super bakal menarik diri seperti Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC dan Perak FC, tidak salah untuk pemain-pemain mereka mencuba nasib di Indonesia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.