Sukan

Masih ada masa lagi bubar liga, tunjuk kepada dunia mentaliti bola sepak Malaysia — TMJ

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi membuat sindiran terbuka terhadap arena bola sepak tempatan selepas majoriti penyokong mendesak supaya Liga Super dibubarkan disebabkan isu luar padang yang tidak berpenghujung.

Dalam satu ciapan menerusi laman X pada Isnin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mendesak supaya keputusan tersebut diambil supaya mereka di luar sana memahami pemikiran berhubung bola sepak dalam negara.

“Masih ada masa lagi untuk bubar liga. Boikot beramai ramai, tunjuk kepada dunia mentaliti bola sepak Malaysia,” tulisnya sambil menyertakan infografik mengenai senarai juara Liga Super sejak edisi pengenalannya pada 2004.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.