KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan denda mencecah $24,000 (kira-kira RM103,103) kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas penyokong kelab itu membaling botol ke arah penjaga garisan.
Kesalahan itu dilakukan dalam pertembungan kedua skuad Harimau Selatan dengan kelab Thailand, Buriram United di peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Mac lalu.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook Asean Football pada Sabtu dengan penjaga garisan bertugas, Abdulhadi Al-Enezi menjadi mangsa berikutan kekalahan kelab Liga Super berkenaan.






