SELEPAS hanya beraksi dalam divisyen kedua Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) musim lalu, harapan tinggi diletakkan di bahu Kedah FA untuk memberi tentangan hebat bagi kempen kali ini.
Ini setelah pasukan Utara tanah air berkenaan membawa masuk beberapa wajah baharu, termasuk import dari Paraguay, Shammir Olmedo dan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Yazid Kamaruzuan.
Namun, selepas tujuh perlawanan, skuad bimbingan Aidiel Boon Abdullah itu gagal memberi saingan selepas hanya berada di tangga ketujuh daripada lapan pasukan bertanding.







