PEMAIN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat ke separuh akhir Terbuka Thailand selepas menewaskan rakan sepasukan iaitu pasangan, Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi pada Jumaat.
Aaron-Wooi Yik menunjukkan pengalaman mereka menentang rakan sepasukan yang lebih muda apabila mereka hanya memerlukan 28 minit untuk bangkit dengan kemenangan 21-12, 21-13 di Stadium Nimibutr di Bangkok, Thailand.
Pasangan nombor lima dunia berkenaan akan menentang pemain di kedudukan ke-16 dunia iaitu pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren seterusnya untuk merebut tempat ke final.





