Sukan

Pernah cetak gol lawan Barcelona, Selangor sudah jumpa pengganti Orozco

PADA Mei lepas, perancang tengah Selangor FC iaitu Yohandry Orozco sudah memberi petunjuk bahawa pemain kelahiran Venezuela itu mungkin akan meninggalkan pasukan Gergasi Merah pada musim depan.

Dalam hantaran yang dikongsikan di media sosialnya, pemain berusia 34 tahun mengucapkan terima kasih kepada skuad Gergasi Merah sekaligus menimbulkan persoalan mengenai masa depannya bersama Selangor.

Selangor FC menamatkan saingan Liga Super musim 2024/25 dengan prestasi cemerlang, meraih tempat naib juara untuk kali kedua berturut-turut dengan mengumpul 52 mata selepas 24 perlawanan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh