Sukan

Tewaskan Vietnam 2-0, Malaysia jumpa Thailand di final regu Piala Asia

SKUAD sepak takraw negara mengesahkan kemaraan ke pentas final Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan Vietnam dalam aksi separuh akhir acara regu pada Khamis.

Beraksi di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia mengekalkan trio asal regu negara pada set pertama iaitu Shahir Rosdi sebagai tekong dan mengekalkan gandingan Farhan Adam selaku feeder dan Azlan Alias sebagai perejam.

Manakala, Vietnam pula dibarisi oleh Ngo Thanh Long sebagai tekong dan dua lagi pemain mereka iaitu Voung Minh Chau dan Huynh Ngoc Sang sebagai perejam mereka.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh