ORANG ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati ketika menerima surat seakan-akan saman daripada pihak berkuasa ketika di dalam parkir pasar raya atau pusat beli-belah.
Menerusi video tular di media sosial sejak Rabu, ia didakwa merupakan taktik terbaharu sindiket penipuan untuk mencuri data peribadi.
Dalam video sama, kelihatan juga sekeping surat yang mirip seperti amaran melakukan kesalahan daripada pihak berkuasa dan disertakan dengan imbasan kod.





