NAMA pelakon Janna Nick dikecam netizen gara-gara menyebut perkataan ‘perempuan gila’ semasa mengajukan soalan kepada aktor Fattah Amin.
Rata-rata netizen mendakwa perkataan perempuan gila itu merujuk kepada bekas isteri pelakon berkenaan iaitu aktres Fazura sekali gus menyifatkan Janna tidak menghormati kaum wanita.
Tampil menjawab perkara itu, Janna atau nama Nurul Jannah Muner, 30, memberitahu terdapat salah faham dalam kalangan netizen mengenai soalan tersebut.

Janna hanya ingin mendalami perasaan lelaki yang sudah bercerai.







