LEGENDA bola sepak tanah air, Joseph Kalang Tie yakin Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mempunyai perancangan jelas dalam menentukan penjaga gol utama skuad The Cats menjelang musim baharu.
Spekulasi perpindahan penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli dari Perak FC ke Kuching City FC hangat diperkatakan baru-baru ini, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai persaingan di benteng terakhir pasukan.
Dengan dua penjaga gol berpengalaman iaitu Shahril Sa’ari dan Wan Azraie sering menjadi pilihan utama musim ini, kehadiran Haziq dilihat bakal memberi saingan sengit dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama.






