Sukan

Bekas bintang Kedah-TFC-TRW menderita sakit hempedu

BEKAS pemain Kelantan, Fitri Omar yang juga pernah beraksi buat Kedah dan Terengganu kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Kota Bharu, Kelantan akibat masalah kesihatan.

Hal itu dikongsikan di laman Facebook KSSM MARDI dengan menyatakan dia sedang dirawat selain mengharapkan semua pihak dapat membantunya supaya dapat kembali sihat segera.

“Sama-sama kita doakan buat kakitangan MARDI Kelantan Fitri Omar, sekarang sedang dirawat di Wad Hospital Kota Bharu. Semoga cepat sembuh, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti biasa,” tulisnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.