KEM Sabah FC kini boleh menarik nafas lega apabila dikhabarkan bakal menerima kehadiran pemain import baharu dari Australia bagi memperkuatkan skuad menjelang musim 2025/26.
Perkembangan positif itu dikongsi oleh pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran menerusi satu hantaran di platform media sosial X baru-baru ini.
Pemain yang dimaksudkan ialah Dean Pelekanos, pemain tengah Western Sydney Wanderers yang kini dilihat sebagai calon ideal untuk menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh tonggak import terdahulu, Park Tae-su dari Korea Selatan.





