BINTANG cilik berbakat dari Pulau Pinang, Yohgiin Ranganaathan kini semakin hampir dengan pentas bola sepak elit negara apabila disahkan menyertai Akademi JDT, antara akademi bola sepak paling berprestij di tanah air.
Perkembangan itu diumumkan menerusi hantaran di laman rasmi Facebook Akademi Bola Sepak Wira Muda (AWM) pada Isnin, yang mengalu-alukan penyertaan Yohgiin ke akademi milik kelab Johor Darul Ta’zim.
“Selamat datang ke Akademi JDT – Yohgiin,” katanya.





