MESKIPUN hanya semusim berkhidmat bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), nama Esteban Solari masih mekar di bibir penyokong yang cukup terkenang akan sentuhannya sepanjang 2023.
Ini kerana pengendali kelahiran Argentina itu berjaya mendominasi arena bola sepak tanah air menggunakan gaya permainan dimanik sehingga sukar disaingi mana-mana pasukan tempatan.
Bagaimanapun, pada penghujung kempen, Tano Solari secara tiba-tiba meninggalkan skuad Harimau Selatan dengan keputusan tersebut menimbulkan 1,001 persoalan dalam kalangan peminat.







