Sukan

Pearly-Thinaah masih belum muktamad kontrak, BAM tak mahu ‘wabak’ pemain ugut dengan wang merebak

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menegaskan bahawa mereka tidak akan membiarkan mana-mana pemain mempergunakan mereka apabila saga kontrak yang berlarutan antara badan kebangsaan dan pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah berterusan.

BAM telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan mengubah tawaran yang telah diberikan kepada pasangan tersebut selepas kontrak beregu utama tanah air itu tamat pada Disember lalu.

Walaupun BAM telah menandatangani lanjutan kontrak dengan semua pemain senior dan junior lain, Pearly-Thinaah satu-satunya pasangan yang belum memutuskannya. Keadaan itu kini memasuki bulan kelima dengan perbincangan masih berada dalam kebuntuan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh