PERAK FC nampaknya tidak lagi mengangkat bendera putih daripada terus terkubur daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila dikhabarkan terdapat syarikat komersial berminat untuk menolong mereka.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang sekurang-kurangnya tiga syarikat mahu menghulurkan bantuan kepada pasukan Utara tanah air berkenaan.
“Alhamdulillah. Ada dua, tiga syarikat-syarikat lain yang menunjukkan minat untuk mengambil alih (Perak). Ini kerana mereka pun merasa terkilan kalau Perak tiada lagi dalam Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.




