Viral

Paksa warga emas bagi sedekah guna QR di hospital, penduduk Sibu desak polis segera bertindak

ORANG awam menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera terhadap seorang lelaki dipercayai warganegara China yang didakwa memaksa warga emas memberi ‘derma’ menggunakan kod QR di kawasan Hospital Sibu, Sarawak pada Isnin. 

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Arbee Hussein lelaki berkenaan dikesan menghampiri warga emas yang sedang menunggu rawatan atau berehat di lobi utama hospital berkenaan. 

Dia turut kelihatan berlegar-legar di premis berkenaan sebelum menunjukkan kod QR dan mendesak dua warga emas mengimbas untuk memberi sumbangan kononnya atas tujuan amal.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.