SELEPAS hampir sebulan berehat kerana masalah jantung, pelakon Rahim Jailani memaklumkan keadaan kesihatannya kini semakin baik.
Rahim, 64, memberitahu dia sudah bersedia untuk kembali bekerja dan sedang menanti tawaran lakonan.
“Alhamdulillah, keadaan saya sekarang stabil dan sudah boleh aktif berlakon semula. Saya sedang menunggu mana-mana tawaran diberikan.

Rahim alami serangan jantung kedua pada awal April lalu.






