Sukan

[VIDEO] Sedih tidak berjuang di Bukit Jalil, Hidalgo laung ‘last call’ khas buat fans Tok Gajah

UMUM mengetahui Sri Pahang FC akan tiba menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur dalam keadaan sedikit tempang apabila kehilangan tiga pemain.

Pasukan bimbingan Fandi Ahmad dilaporkan akan kehilangan Kpah Sherman susulan penggantungan perlawanan, David Rowley yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan lutut dan Manuel Hidalgo pula tidak boleh beraksi menentang kelab majikannya itu.

Walaupun begitu, Fandi optimis bahawa persiapan skuad bimbingannya tidak terjejas meskipun ketiadaan mereka lagi-lagi duo serangan Tok Gajah iaitu Sherman dan Hidalgo di bahagian hadapan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh