SATU-PERSATU pasukan Liga Super musim 2024/2025 dikhabarkan tidak akan beraksi untuk musim baharu nanti dengan terkini, Perak FC didakwa akan undur diri daripada bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Status penyertaan skuad The Bos Gaurus (TBG) pada saingan Liga M pada musim depan menjadi tanda tanya selepas pihak pengurusan dikhabarkan sudah berputus asa daripada meneruskan perjuangan itu dalam mesyuarat pada Jumaat.
Bukan itu sahaja, pemerhati sukan tanah air iaitu Zulhelmi Zainal Azam juga memaklumkan bahawa pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu telah mengadakan satu perjumpaan tertutup bersama para pemain pada pagi Jumaat.






