Sukan

‘Betul-betul menggila’ musim depan, khabarnya 8 pemain termasuk warisan tak masuk akal sertai Harimau Kumbang

SAINGAN Liga Super musim 2024/2025 baru sahaja menutup tirainya dengan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal menjadi pasukan terunggul Liga Malaysia (Liga M) apabila merekodkan 11 kejuaraan bagi saingan tertinggi domestik itu.

Manakala, pasukan lain pula mengalami musim naik turun pada tahun ini apabila ada yang mengalami kemerosotan prestasi dek isu kewangan dan terdapat juga kelab kekal utuh di kedudukan sama sejak musim lepas. 

Misalnya, Penang FC yang menutup saingan Liga Super 2024/2025 dengan berada di kedudukan ke-10 selepas pasukan Utara tanah air berkenaan merekodkan enam kemenangan, lapan seri dan selebihnya tewas dalam 24 perlawanan. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.