Viral

[VIDEO] Sempat beli satu karton rokok sebelum pulangkan beg tercicir, ayah bengang rider ‘tak ikhlas’ salah guna kad bank anak

TINDAKAN seorang lelaki yang didakwa tergamak menyalahgunakan kad bank milik seorang pelajar untuk mengeluarkan RM1,000, selepas beg berkenaan tercicir di tandas sebuah stesen minyak di Damansara Damai dekat Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat minggu lalu mengundang amarah warga maya.  

Insiden tersebut dikongsikan Ray K Wai Ming di laman Facebook peribadinya sehari selepas kejadian dan turut meluahkan rasa kesal dengan insiden tersebut sebelum ia mula tular sejak Rabu.

Menurut Ray, insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi Jumaat minggu lalu, apabila anaknya secara tidak sengaja tertinggal beg miliknya di tandas sebuah stesen minyak sebelum ia ditemui lelaki terbabit yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan (rider)

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh