ORANG awam terutama pengguna aplikasi WhatsApp kini diseru agar lebih berwaspada terhadap taktik licik sindiket penipuan yang semakin berani menggunakan nama dan identiti golongan kenamaan untuk memperdaya mangsa.
Terbaharu, tular kes penipuan di aplikasi WhatsApp membabitkan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, kononnya menubuhkan sebuah kelab eksklusif dikenali sebagai “Royal Club”.
Sindiket itu dipercayai menyasarkan orang awam dengan menghantar mesej peribadi menggunakan gambar profil dan nama seolah-olah rasmi Tengku Hassanal, serta menawarkan ganjaran lumayan atau keahlian istimewa sebagai umpan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.







