SATU masa dahulu, Kedah Darul Aman FC cukup disegani dalam bola sepak Malaysia. Gergasi dari Utara itu sentiasa dianggap sebagai kelab digeruni serta sering menghasilkan pemain tempatan berkualiti.
Malah, pada era kegemilangannya, Kedah pernah mencatatkan sejarah meraih gelaran double treble yang diketuai oleh mantan jurulatih, Allahyarham Azraai Khor Abdullah.
Namun kini, segalanya berbeza. Kedah yang dahulu digeruni, kini sering menjadi mangsa belasahan kelab-kelab Liga Super yang lain.





