PERLAWANAN antarabangsa kembali lagi pada Mac ini dengan menyaksikan saingan liga akan ditutup sementara untuk memberi laluan kepada para pemain memberi fokus sepenuhnya pula kepada tugasan negara.
Harimau Malaya yang kini berada di bawah revolusi baharu memanggil 27 pemain menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac.
Bukan hanya pemain tempatan, malah beberapa bintang import yang bertanding dalam saingan Liga M juga mendapat peluang untuk mewakili negara masing-masing selepas mempamerkan prestasi cemerlang bersama kelab Liga Super.







