PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan Caprice memberi penghormatan kepada pengarah dan barisan pelakon Bidaah kerana membawakan mesej berani dalam jalan cerita drama berkenaan.
Kata Caprice atau Ariz Ramli, 37, apa disampaikan oleh penerbit Erma Fatima bukanlah sengaja menghina agama Islam sebaliknya pendedahan tentang realiti segelintir golongan dengan imej alim.
Menurut Caprice, babak dipaparkan dalam Bidaah boleh memberi pengajaran kepada penonton agar tidak mudah terpengaruh dengan karakter digambarkan.

Caprice menyifatkan masih ramai penonton di Malaysia tidak terbuka menerima realiti sebenar.






