TINDAKAN murni kapten skuad kebangsaan, Dion Cools memujuk bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menyentuh hati penyokong Harimau Malaya ketika tamat perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Aksi berlangsung cukup sengit sepanjang tempoh 90 minit sebelum JDT terpaksa akur tumbang di laman sendiri hasil jaringan bintang muda Buriram United, Suphanat Muenta.
Kekecewaan jelas terpancar di wajah pemain, jurulatih serta penyokong JDT kerana Harimau Selatan hanya selangkah untuk melakar sejarah baharu kelab mara ke suku akhir ACLE.





