Viral

[VIDEO] Hajat berbuka di masjid tak kesampaian, bapa dan anak maut motor dirempuh kereta

SEORANG lelaki maut selepas motosikal dinaikinya bersama anak lelakinya dirempuh sebuah kereta di Jalan Dato Kayaman, Perlis pada petang Jumaat.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, Rahimi Mat Rejab, 49, dan anaknya, Umar Haziq, 16, dipercayai dalam perjalanan ke sebuah masjid di kawasan Padang Lati, Beseri untuk berbuka puasa.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Sarih Salleh berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta Honda Civic dipandu lelaki berusia 33 tahun merempuh motosikal mangsa dari arah belakang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh