TIDAK mustahil, kemeriahan Liga Super musim depan dijangka merosot akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh beberapa kelab, termasuk Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang terpaksa berdepan tunggakan gaji pemain.
Keadaan itu menyebabkan ramai pemain memboikot perlawanan, memberi petanda bahawa ada pasukan yang mungkin menarik diri daripada liga musim depan.
Terbaharu, senarai pasukan yang akan bertanding dalam Piala Belia 2025 tidak termasuk Sri Pahang FC dan KDN FC, menguatkan lagi spekulasi bahawa kedua-dua pasukan tersebut mungkin menarik diri daripada saingan Liga Super.







