ISTERI Shuk Sahar iaitu Fara Salleh sekali lagi secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap pelawak berkenaan berhubung rumah tangga mereka.
Fara, 33, mendakwa Shuk terlalu sibuk berkerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadapnya yang kini sedang berbadan dua.
Fara juga seakan memberi bayangan suaminya itu tidak mengetahui tentang jantina anak mereka serta bila dia akan bersalin.
Hantaran luahan hati Fara di Instastory miliknya.







