Sukan

Hanya selangkah main bunga api, fans Perak berang bek kiri jadi ‘lubuk’ JDT

PERLAWANAN Liga Super minggu ini pastinya tertumpu kepada aksi antara Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melayani kunjungan Perak FC dengan percikan bunga api sah mewarnai langit Iskandar Puteri selepas Harimau Selatan berhasil mendapatkan tiga mata penuh di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Isnin.

Selepas tidak merekodkan sebarang kekalahan dalam 19 perlawanan Liga Super setakat ini, Harimau Selatan memerlukan satu lagi kemenangan untuk dinobat selaku juara bagi musim 2024/25.

Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan yang sepatutnya dijadual pada Jumaat terpaksa diawalkan bagi memberi laluan kepada JDT membuat persiapan menentang Buriram United dalam saingan 16 terbaik Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Chang Arena, Thailand 4 Mac depan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.