SEBAIK sahaja pengadil perlawanan meniup wisel panjang, kedengaran sorakan bergema di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor menandakan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu berhasil menyingkirkan Pohang Steelers dengan keputusan 5-2 yang masing-masing dicetak oleh Oscar Arribas, Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi, Jese Rodriguez dan Jorge Obregon.
Manakala, dua gol wakil Korea Selatan itu dijaringkan oleh Lee Ho-jae dan Kang Hyeon-je.





