POHANG Steelers menjadi mangsa baharu kelab Korea Selatan yang dibelasah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), selepas tewas 2-5 dalam aksi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sekali gus Harimau Selatan layak ke pusingan kalah mati kejohanan itu.
Sebelum ini, kelab-kelab di saingan utama Korea Selatan boleh dianggap sebagai antara gergasi yang sering mencipta sensasi menerusi pelbagai kejayaan di pentas Asia.
Namun, sejak beberapa tahun ini, JDT memastikan kelab-kelab utama dari Korea Selatan kini bukan lagi suatu cabaran besar untuk mereka hadapi.





